Spiga
View technorati.com

SEKS KETIKA BERTENGKAR

Seks ketika bertengkar Hati Masih Panas, Suami Ajak Ke Ranjang

ANDA DAN SUAMI BERTENGKAR HEBAT, MASING-MASING MELUAHKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI. TAPI DEMI MENGELAKKAN PERTENGKARAN YANG SERIUS ANDA KEMUDIAN BERDIAM DIRI. NAMUN PERASAAN MARAH
SEBENARNYA MASIH LAGI BELUM REDA.

Anda masih panas begitu juga dengan suami. Seharian di rumah masing-masing tidak bertegur sapa kerana pertengkaran yang berlaku masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Tapi tatkala malam menjelma, suami yang siang tadi marah menyinga tiba-tiba berubah laku.Tak lama selepas berbaring di katil tanpa diduga suami masukdan kemudian memeluk anda dari belakang.

Tanpa kata-kata suami mencium dan membelai anda Kesudahannya mungkin sudah dapat anda teka. Situasi sebegini mungkin pernah alami, siang bertegang leher malam pula
suami menarik tangan untuk berhubungan intim. Bagi sesetengah wanita, tindakan suami ini mungkin dianggap sesuatu yang kurang menyenangkan. Fikir mereka alangkah beraninya suami cuba bermesraan sedangkan hati masih hangat kerana bertengkar. Jika anda berperasaan sedemikian sememangnya anda tak bersendirian. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan, 72 peratus responden wanita tidak mahu melakukan hubungan seks ketika mereka sedang berkonflik ataupun baru saja selepas bertengkar. Sebenarnya ada sebab suami anda berkelakuan sedemikian.Perlu diketahui bahawa lelaki memang mudah melupakan pertengkaran dengan pasangannya. Kalau anda bertengkar dengannya di petang hari, menjelang Maghrib suami sudah boleh melupakannya. Ada kalanya mereka berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tapi wanita pula bersikap sebaliknya. Wanita cenderung memendamkan perasaan amarahnya dalam tempoh yang lama secara sendirian. Lihat saja selepas bertengkar ada isteri yang akan bermasam muka berhari-hari dengan suami.

BUKAN PENGAKUAN,KALAH ATAU MENANG

Apa pun tindakan suami yang mengajak berhubungan intim selepas bertengkar bukanlah sesuatu yang mengeruhkan keadaan. Sebagai isteri anda pasti nya akan cair dengan sentuhan ataupun belaian suami. Di sinilah letaknya kebaikan seksselepas bertengkar. Setidak-tidaknya pertengkaran anda tidak akan berlangsung lama dan keesokan harinya anda dan suami tidak lagi bermasam muka. Dalam pada itu jangan pula
anda berfi kiran bahawa melakukan hubungan seks selepas saat
bertengkar adalah satu bentuk pengakuan bahawa anda kalah dan suami menang. Ia tidak boleh disifatkan demikian. Sebaliknya tindakan ini sebenarnya menggambarkan penghargaan terhadap cinta anda berdua, walaupun di saat yang tidak kena anda berdua masih boleh bersatu. Pada masa yang sama jangan pula menjadikan seks ini sebagai umpan untuk melangsaikan punca pertengkaran. Punca pertengkaran sama ada
disebabkan wang mahu pun masalah rumah tangga yang lain harus diselesaikan dengan caraper bincangan dan bukan nya dengan seks Dan selalunya setelah punca
pertengkaran ini dapat dileraikan, pasangan suami isteri akan menikmati seks yang cukup membahagiakan.

adult myspace

0 comments: