Spiga
View technorati.com

PETUA KEBAHAGIAAN

BAGAIMANA MENGEKALKAN HUBUNGAN SUAMI,ISTERI
1# Sentiasa berdoa agar disayangi.
2# Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3# Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4# Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
5# Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
6# Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
7# Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
8# Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
9# Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
10# Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
11# Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
12# Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
13# Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
14# Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
15# Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
16# Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
17# Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
18# Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
19# Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
20# Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu " AKU CINTA PADAMU"
21# Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
22# Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
23# Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
24# Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
25# Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
26# Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
27# Sentiasa lakukan ibadah bersama.
28# Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
29# Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
30# Urut belakang isteri sekali sekala.
31# Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
32# Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
33# Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
34# Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
35# Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
36# Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
37# Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
38# Lebihkan isteri daripada anak-anak.
39# Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
40# Seeloknya masuk tidur serentak.
41# Belai isteri sebelum pergi kerja.
42# Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
43# Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
44# Lakukan riadah bersama isteri.
45# Pergi berkelah sekali sekala.
46# Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

0 comments: