Spiga
View technorati.com

MALAM PERTAMA

PELAYARAN MALAM PERTAMA
MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.
Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.
Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.
Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.
myspace sexy stuff

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.
Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.
Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.
Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.
sexy

CEPAT KLIMAKS
Masalah cepat klimaks di kalangan pengantin baru kadang-kala di anggap sebagai perkara biasa bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Sekiranya mereka yang belum berpengalaman, nafsu yang membuak-buak sering membuatkan mereka cepat tersadai. Memang pada mulanya isteri tidak akan "complain" kerana malu tetapi jika ia berterusan akan meruntuhkan rumahtangga. Banyak cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah dengan teknik kemutan atau senaman kegel (otot pc anda yang terletak antara zakar dan lubang dubur anda). Jika masih tidak berjaya mungkin cara berikut boleh dicuba:
#Cuba memikirkan perkara yang kurang menyeronokkan.
#Masuk dan tarik jika terasa ingin keluar.
#Memakai "ring" kanda; alat yang melambatkan klimaks yang diusahakan oleh Dr. Ismail Thambi.Darah yang cepat mengalir ke dalam zakar boleh menyebabkan cepatnya klimaks. Gelung kanda ini boleh melambatkan ejakulasi dengan kawalan aliran darah. Hanya RM90 sahaja. Anda boleh membeli Kanda yang disyorkan Dr. Ismail Thambi
Lakukan dengan sabar,jangan tergesa2
Malah lebih teruk lagi, anda telah gagal memenuhi tuntutan nafkah batin isteri yang merupakan suatu kewajipan seorang suami.

GHAIRAH & KLIMAKS
Ramai Lelaki Telah Tersalah Tafsir!
Kebanyakan lelaki / suami menganggap bahawa, apabila mereka berjaya mendapatkan zuriat, ini bermakna mereka telah berjaya menjadi seorang lelaki sejati kerana berjaya membuntingkan isteri.
ANDA SILAP!!!!
Sesiapa sahaja boleh membuntingkan seorang wanita jika kelakiannya dapat menegang dan mempunyai benih yang subur walaupun sudah bergelar datuk yang berumur 70 tahun.
JANGAN SALAH TAFSIR
Seorang lelaki sejati ialah seorang yang berjaya memberikan kepuasan batin sepenuhnya kepada isteri. Kepuasan seks memerlukan pencapaian ghairah sehingga pada tahap klimaks atau dipanggil orgasme.

Jika hanya sekadar masuk ke dalam faraj dalam tempoh beberapa minit sahaja walaupun kerasnya seperti besi sekalipun, ia masih belum dapat memberikan pasangan anda mencapai klimaks sepenuhnya.

INGAT!!!Seorang wanita tidak akan menceritakan rasa tidak puasnya kepada anda secara langsung. Mereka lebih suka memendam rasa daripada menceritakan masalah tersebut kepada anda.

Mungkin Anda Sedar Akan Perkara Ini Atau Mungkin Juga Anda Tidak Tahu Apa-Apa Mengenainya.
Jangan bersikap tidak mahu mengambil tahu sahabat. Jangan hanya tahu melempiaskan nafsu seks semata-mata tanpa memikirkan perasaan pasangan anda. Itu menzalimi namanya.
Anda telah menzalimi pasangan anda jika terus membiarkan dia memendam perasaan kerana ketidakpuasan seks bersama anda.

CARA CARA MERANGSANG WANITA(DENGAN CUMBUAN)
Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).
Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).
Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.
Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.
Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan .Dikatakan :"Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’"Maka beliau bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami)
Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.
Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogenous iaitu yang berikut:
1. Daerah kening
2. Bahagian pelupuk mata
3. Hidung
4. Pipi dan sekitarnya
5. Bahagian tengkuk
6. Bahagian leher
7. Daun dan belakang telinga
8. Payudara terutamanya puting
9. Bibir dan lidah
10. Bahagian dalam mulut
11. Peha dan sekitarnya
12. Ketiak
13. Bahagian perut terutama sekitar pusat
14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj
15. bahagian tumit

MENCARI G-SPOT
Bagaimanakah caranya mencari G-Spot? Inginkan panduan? Sila rujuk di sini atau sila baca artikel G-spot ini (18sx* - untuk mereka yang sah di sisi undang-undang untuk melayari laman ini sahaja).
Foreplay
Apakah wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan intim?
Dahi - Minta teman anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh romantis
Leher - Mulakan dengan mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.
Telinga - Usap telinga pasangan anda dengan lidah.
Bibir - Cium perlahan-lahan dan dengan lama.
Mulut - Beri ciuman french kiss yang mengejutkan!

# Ilmu kemutan faraj - Kemutan faraj yang berkesan dapat memberi kenikmatan yang tidak terhingga semasa jimak. Ianya dapat dinikmati bukan sahaja oleh suami tetapi juga oleh isteri. Boleh dikatakan semua wanita tahu apa itu kemutan faraj dan boleh mengemut, namun kemutan yang tidak terlatih mengikut cara yang betul tidak bertenaga dan tidak mempunyai kesan seperti diharapkan. Para isteri perlu mengetahui 2 jenis latihan kemutan iaitu Kemutan Luar dan Kemutan Dalam kerana faedahnya yang amat besar untuk kebahagiaan rumahtangga.
# Mengenal ghairah faraj - Proses perubahan peringkat keghairahan yang patut diketahui bagi membolehkan para suami menjimak isteri tepat pada masanya.
# Nasfu jimak wanita - Objektif mengetahui 3 tempat nafsu iaitu Nafsu Dalam, Nafsu Luar serta Nafsu Badan supaya dapat dilakukan tindakan yang sesuai untuk satu-satu tempat rangsangan dan mengenal pasti cara mempertingkatkan keghairahan isteri. Seseorang wanita berupaya mencapai beberapa kali inzal/kemuncak seks dalam satu perlakuan jimak sekiranya kaedah ini diketahui serta dikuasai.
# Rahsia dinding faraj wanita - Ilmu mengenai Dinding Faraj berguna bagi mengetahui kaedah yang bersistem dan berkesan untuk memuaskan isteri semasa bersetubuh. Ia adalah lebih merupakan strategi untuk mempercepatkan inzal/kemuncak seks isteri. Ianya berupaya untuk mengetahui lokasi Lubuk Nafsu isteri. Seni ini amat penting supaya isteri dapat merasai kenikmatan inzal/kemuncak seks dalam kehidupan senggama mereka.
# Rahsia bahagian sebelah kiri wanita - Masyarakat Melayu dahulu menyatakan bahawa bahagian yang kiri adalah bahagian kelemahan wanita dan mudah dirangsang. Ketahui bahagian serta anggota pada tubuh wanita yang tersembunyi nafsu ghairah untuk dirangsangi supaya mudah meningkatnya ghairah isteri.

Wanita yang sedang mengalami rangsangan seksual akan mengeluarkan cecair pelincir vagina.
Cecair ini di hasilkan sepasang kelenjar bartholin yang terletak pada kiri dan kanan bawah kemaluan,kenlenjar ini tidak dapat di lihat atau pun di pegang,kecuali jika ianya tersumbat
dan membentuk "bartholin cyst".
Tanpa rangsangan seksual,cecair vagina tidak dapat di hasilkan,ini akan memyebabkan "kekeringan",dan selesa waktu bersetubuh
Ada beberapa faktor yang memyebabkan perkara sedemikian berlaku,gangguan fizikal dan mental,kepenatan,kebimbangan,perasaan takut..ini boleh mempengaruhi seseorang..
Perasaan belum bersedia juga boleh memyebabkan gangguan
Suami haruslah memainkan peranan dan perlu bersabar,beri perhatian lebih dan layanan,sebelum melakukan penetrasi

Teknik teknik hangat dan panas akan membangkitkan ghairah
Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.
Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.
Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.
Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.
Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.
Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.

Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.
Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:

“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”
Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:
“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.
Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”. (Hadis riwayat Tirmizi).
Betapa bagusnya andaikata si suami peri-hatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam kerdhaan Allah Taála.
Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga. (dipetik dari laman web Dr. Ismail Arshat)

Rahsia seks lelaki
Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1.Lelaki bukan hanya mahu berjimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.
2.Cinta kasihsayang faktor kegembiran seksual lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.
3.Lelaki juga perlukan istimta"
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.
4.Lelaki tidak sentiasa mahu mulakan seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

Rahsia seks wanita
Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

Bila berjauhan dengan pasangan
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.

Waktu subur
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.

Teknik teknik bersetubuh atau senggama
Pelbagai buku ada di pasaran sama ada secara explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya pilihlah jimak secara islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja akan membosankan. Jadi, ini ada artikel tentang kaedah berjimak atau bersenggama yang dijamin akan manghasilkan aksi yang ghairah dan hebat di ranjang tidur!

Teknik bersetubuh cara barat
Sebenarnya terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup menyenangkan.

Female sexual Dysfunction(FSD)
Ini berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai masala Erection Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female sexual Dysfunction(FSD). Masalah ini boleh dibahagi kepada empat keaadan; kurang bernafsu, kesukaran mencapai keghairahan, kesukaran menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika bersetubuh. Jika lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi masalah mereka, kini wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari pencetus kemesraan untuk menambahkan keseronokkan hubungan kelamin. Zestra dirumus daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap selamat of "Federal Food and Drugs Agency (FDA)" dari Amerika Syarikat.

0 comments: