Spiga
View technorati.com

PUAS ATAU TIDAK?

SEORANG wanita berusia 20-an dan baru setahun berkahwin mengadu tidak pernah kenal erti klimaks hingga terpaksa berpura-pura demi memuaskan suami. Apa yang berlaku sebenarnya?

Tindak balas rangsangan seksual wanita tidak sama dengan lelaki dan berbeza juga antara sesama wanita.

Jika wanita yang menghayati rangsangan seksual tidak sampai ke kemuncak rangsangan, dia tidak rasa apa-apa perubahan kepada dirinya, menyebabkan dia berlakon atau berpura-pura seperti wanita yang mencapai klimaks, mengikut kefahamannya.

Mengikut kajian rambang yang pernah dilakukan di negara membangun, 25 peratus (%) wanita berpura-pura mencapai klimaks dan saya pasti bilangan wanita Malaysia mungkin lebih daripada itu dan perlakuan itu bukan luar biasa!

Secara semula jadi, apabila wanita mengalami rangsangan seksual, anggota kelaminnya bergelora dan bahagian yang sensitif kepada sentuhan seperti bibir besar, bibir kecil, klitoris dan bahagian antara bibir kecil atau ‘vestibule’ (semua ini dikenali sebagai ‘vulva’) dan bahagian atas faraj (yang mengandungi G-spot) turut terangsang apabila tersentuh.

Apabila sentuhan itu sangat merangsangkan, wanita itu sampai ke kemuncak rangsangan, yang mana bahagian pembukaan faraj mencengkam, bahagian dalam faraj mengembang dan serviks menurun di penghujung faraj dan bergetar.

Proses ini berlaku sekelip mata dan jika wanita itu berkehendakkan rangsangan diteruskan, dia akan mencapai klimaks sama untuk beberapa kali atau ia terhenti dengan keadaan wanita itu rasa puas.

Ada kalanya rangsangan G-spot membawa kepada ejakulasi untuk wanita itu dan ia mungkin keluar secara pancutan atau meleleh.

Jika wanita itu mencengkam otot lantai pelvis (otot kemut) ketika dia berasa seperti hendak kencing (sebenarnya perasaan awal klimaks), ejakulasi tidak berlaku atau cecair pekat keluar secara meleleh.

Mungkin untuk peringkat permulaan, anda perlu kenali anggota kelamin anda. Ketahui mengenai klitoris, bibir kecil dan besar, vestibule, pembukaan faraj dan bahagian antara lubang kencing dengan lubang najis (bahagian yang dikenali sebagai perinium).

Sentuh dan ketahui perasaan yang dirasai supaya anda dapat mengenali perasaan yang memberahikan supaya dapat memberi tumpuan kepada perasaan itu apabila dirangsang oleh pasangan ketika bersetubuh supaya mudah mencapai klimaks.

Jika anda rasa geli untuk menyentuh anggota kelamin atau rasa anggota kelamin anda hodoh atau pelik untuk menyentuhnya, anda tidak dapat menghayati keseronokan dan keghairahan menyentuh anggota seksual itu kerana perasaan negatif itu.

Apabila anda mula mengenali anggota kelamin, vulva dan selesa dengan sentuhan yang dilakukan, anggota itu menjadi sensitif kepada sentuhan dan mudah berinteraksi ketika bersetubuh dengan pasangan.

Apabila anda mula menghayati ‘vulva consciousness’, anda boleh beri tumpuan kepada sentuhan yang diberi pasangan anda kepada bahagian itu dan memandu pasangan untuk meningkatkan rangsangan melalui dayungan dan geselan, mudah anda mencapai klimaks.

Sebilangan besar wanita mendapati posisi wanita di atas lebih memberangsangkan dan memudahkan mencapai klimaks kerana dia memandu gerakan yang merangsang anggota kelamin yang sensitif.

Ini sedikit tips untuk mempunyai vulva yang sensitif dan segar supaya mudah mencapai klimaks:

Sememangnya vulva wanita sangat sensitif dan bertindak balas kepada sentuhan. Lakukan sentuhan pada vulva anda setiap kali selesai mandi dengan menggunakan krim pelembap sesuai.

Saya syorkan anda gunakan krim yang dirumus khusus untuk kesegaran dan keintiman anggota sulit wanita yang mengandungi beberapa herba dan membantu meningkatkan sensitiviti dan kesegaran, selain melembutkan dan melindungi anggota itu daripada kuman, kulat dan virus.

Krim perapi vulva yang mempunyai aroma feminin ala ketimuran ini dapat meningkatkan perasaan dan tindak balas rangsangan jika dipakai setiap kali selepas mandi atau membersihkan vulva.
bersama Dr.Ismail Thamby

PENJAGAAN ZAKAR

ADA lelaki mempunyai kedudukan zakar umpama ‘belalai gajah’. Ia kelihatan panjang dan kurus dalam keadaan tidak menegang, tetapi apabila menegang ia ‘gemuk’ atau membesar.

Ada pula lelaki mempunyai zakar yang mengecil dan terbenam jika gemuk, tetapi apabila terangsang ereksi keluar seperti ‘leher kura- kura’.
Jika zakar kerap menegang ia kelihatan pejal dan berisi, tapi jika ereksi jarang berlaku, otot zakar lebih mengecut sehingga ia kelihatan kecil dan tidak bermaya. Bayangkan jika keadaan seperti itu berlaku kepada alat sulit anda.

Ketika masih muda, mungkin anda boleh berbangga kerana keadaan alat sulit lebih mantap dan kelihatan sempurna. Jika umur mencecah 40 tahun ke atas, kedudukan zakar berbeza.

Begitupun, ada jalan untuk memelihara alat sulit anda. Jika mahu alat sulit kelihatan lebih ‘ceria’, lakukan seperti yang disyorkan Imam Al-Nawawi mengenai penjagaan alat sulit lelaki supaya lebih cergas dan bermaya.

Antaranya, membelai penghujung anggota sulit dengan sentuhan lembut menggunakan krim pelembap setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur setiap hari.

Melakukan sentuhan yang kerap dapat membina semangat anggota itu, tetapi bukan sentuhan onani!

Saya menjalankan kajian mengenai krim perapi anggota kelamin lelaki bernama VIRILE dan saya dapati ia membantu memejalkan alat sulit yang kecut dalam masa terdekat.

Krim itu menjalani ujian klinikal, kestabilan serta dermatologikal dan didapati selamat serta mujarab.

TIDAK ramai lelaki mengamalkan penggunaan krim pelembap alat sulit sebagai kaedah penjagaan kesihatan. Kulit anggota sulit mudah kering dan perlu kelembapan berterusan. Oleh itu, krim pelembap sesuai untuk menjaga kelembutan kulit dan mengelak kekeringan.

Pelembap semula jadi dihasilkan pepundi kulit. Kadangkala pelembap semula jadi hilang apabila anggota sulit kerap dibersihkan dengan sabun biasa.


Jadi, kulit yang kurang pelembap menjadi kering dan gatal. Untuk mengurangkan kegatalan, lelaki disyor menggunakan krim atau losyen pelembap. Tidak perlu beli yang mahal, kini ada krim khusus untuk anggota sulit, semata-mata untuk tujuan belaian dan keselesaan anggota sulit.

Krim dimaksudkan ialah krim ‘virile for men’ yang ada dalam pasaran. Krim ini sudah diuji dan didapati mampu meningkatkan pengawasan anggota sulit, selain menjaga kesihatan kulit dan kekukuhan struktur dalaman anggota sulit melalui kandungan ekstrak herba dan lemak ikan belacak.

Sesetengah orang terasa panas pada peringkat awal menggunakan krim ini. Ini tidak memudaratkan. Selain krim ini, ada krim dan minyak lain yang tidak pernah menjalani ujian dan mungkin tidak memberi kebaikan.

Sesetengah minyak yang mengandungi lintah didapati mengakibatkan alahan kulit dan pendarahan berterusan jika digunakan selalu. Ini kerana kandungan bahan kimia hirudin yang mencairkan darah beku dan mengakibatkan pendarahan sukar berhenti, lagipun kosnya tinggi.

Untuk kelembutan dan keselesaan kulit, mana-mana losyen atau krim pelembap boleh digunakan. Namun jangan mudah terpengaruh dengan iklan bukan-bukan mengenai penggunaan krim atau minyak untuk anggota sulit, tanpa merujuk kepada doktor. Ada banyak penjual krim dan minyak menggunakan nama doktor tanpa pengetahuan doktor terbabit.

Selain krim itu, ada pelbagai krim daripada pelbagai jenama dan ramuan yang tidak pernah diuji secara klinikal atau ujian apa tertentu. Ia tidak saya syorkan kerana berbahaya.

Jika tersalah krim, pelbagai masalah boleh berlaku seperti penyakit kulit, kerosakan otot zakar atau kesan sampingan yang lebih serius.

Selain membelai anggota kelamin dengan lembut, anda perlu amalkan gaya hidup sihat. Jaga berat badan, elak merokok, tidak minum minuman keras dan lakukan senaman berkala.

Senaman dapat menyegarkan badan dan mengekalkan tahap hormon testoterone dan hormon tumbesaran. Senaman dan penjagaan tubuh dapat mengurangkan lemak badan, yang mana lebihan lemak di perut mengakibatkan anggota kelamin terbenam.


bersama Dr.Ismail Thamby

BERSETUBUH MENGIKUT PENDAPAT ULAMA


MENGIKUT PENDAPAT ULAMA
Iman Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunnat membuat seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah Jumaat, Isnin dan Khamis. Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat, terpaksa bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk rehat kepada tenaga batin - pendapat Dr Nik


Nabi berpesan, " Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak."
* [ Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia dapatmemusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, siflis, herpes atau HIV ]
CARA SESUAI UNTUK JIMAK ISTERI
Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa adab harus diikuti;-
( Jangan mengharamkan yang halal )
Pesanan Untuk Kedua-dua Suami Isteri Sebelum , Sewaktu dan Selepas Jimak
FAKTA N0.1
Bersopan santun.
Isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah.
Pakailah bau-bauan yang lembut
Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.
FAKTA No.2
Bercumbu-cumbuan sebelum jimak
FAKTA No.3
Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan kefaraj dan layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan. Jangan sekali-kali gopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana ini akan menyebabkan cepat terpancutnya air mani atau dikenali sebagai pancutan pramasa. Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati, anda dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan batin dengan isteri anda. Sekiranya anda terlampau cepat keluar air mani atau pancutan pramasa, maka kita ada ubat untuk mengatasinya. Jangan risau, ikhtiarlah segera, jangan menunggu.
FAKTA No.4
Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya orang perempuan memang payah untuk sampai kemuncak syahwat. Maka romancelah isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan. Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak. Ini satu cara yang salah !!
FAKTA No.5
Tukarlah posisi berjimak, agar anda merasa kenikmatan yang lebih. Kadang-kadang jika anda melakukan posisi yang sama sahaja, kenikmatan seks anda mungkin akan menurun, dan anda tidak menghayati betul-betul sunnah Rasullullah, dimana beliau menyatakan bahawa 'isteri kamu itu diibaratkan sebagai taman, maka gaulilah ia sebaik mungkin'
FAKTA No.6
Gaulilah isteri kamu secara sopan, isteri kamu bukanlah pelacur yang harus dibuat bermacam-macam karenah kamu yang kurang sopan. Baikilah tingkah laku kamu secara sopan dan lemah lembut.

CABARAN HIDUP SUAMI ISTERI
Suami isteri hendaklah juga mengetahui dan bersedia menghadapi cabaran hidup sebagai suami
isteri. Antaranya adalah seperti berikut :

a. CABARAN DALAMAN :
* Kejahilan tentang pengurusan keluarga dan rumahtangga.
* Kekurangan persediaan untuk menjadi suami dan isteri samada dari segi umur dan kematangan.
* Tidak memahami matlamat perkahwinan yang sebenar.
* Tiada kemampuan fizikal
* Sikap peribadi semula jadi yang negatif

b. CABARAN LUARAN :
* Ekonomi yang tidak stabil.
* Keadaan persekitaran yang tidak menjurus kepada kebahagiaan rumahtangga.
* Perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga.
* Berlainan budaya dan cara hidup.
* Perkahwinan yang tidak kufu.
* Tidak boleh menyesuaikan diri.
* Tiadakemahuan mengasuh, memelihara dan mendidik anak.
* Pengaruh media massa yang tidak terkawal.

PERSEDIAAN MENTAL
1. Perbezaan Alam Bujang dan Alam Rumahtangga
Suami isteri hendaklah mengetahui dan menyedari perbezaan berikut:
'Alam Bujang' bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang belum pernah melakukan akad nikah yang sah mengikut hukum syarak.
'Alam Rumahtangga' bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang sudah diakadnikahkan secara sah mengikut hukum syarak.
Tanggungjawab manusia sama ada semasa alam bujang mahupun setelah berumahtangga adalah terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan sekelian makhluk.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran:112 yang maksudnya:
'Mereka ditimpa kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)."

Keistimewaan beribadah bagi pasangan yang telah berumahtangga:
+ Solat orang yang berumahtangga ganjarannya adalah 70 kali ganda daripada solat orang yang
bujang.
+ Amalan anak-anak yang belum baligh, ganjarannya adalah diterima oleh kedua ibubapanya.
+ Kematian anak yang mamsih kecil akan menjamin ibubapanya masuk syurga.
+ Memberi makan anak isteri adalah sedekah.
+ Bekerja mencari nafkah adalah jihad.

2. TANGGUNGJAWAB SUAMI:
a. Patuh kepada perintah Allah dan Rasul. Ianya bertepatan dengan Firman Allah Taala yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Ulil-Amri' (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." An-Nisa : 59
b. Menjadi pemimpin (ketua keluarga) kepada anak dan isteri.
c. Mengajar ilmu Fardu 'Ain kepada anak dan isteri seperti berikut:
+ Ilmu Tauhid, supaya akidah mereka berbetulan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
+ Ilmu Feqah, supaya ibadahnya berbetulan dengan syariat agama.
+ Ilmu akhlak, supaya terhiaslah kehidupannya dengan akhlak terpuji.
+ Ilmu Tasauf, supaya ia ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari
rasa riak, ujub dan takabbur.
d. Memberi nafkah zahir seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari wang dan punca usaha yang halal.
e. Memberi nafkah batin.
f. Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada ahli keluarga.
g. Bertanggungjawab memastikan jalan dan laluan hidup mengikut lunas-lunas Islam.
h. Berlaku adil dan tidak menzalimi anak isteri.
i. Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan rumahtangga.
j. Memastikan tidak berlaku sebarang kemaksiatan dalam rumahtangga.

3. TANGGUNGJAWAB ISTERI:
a. Patuh kepada hukum Allah dan Rasul.
b. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah dan senang kecuali yang bertentangan dengan hukum syarak.
c. Sentiasa berhias diri untuk suami sahaja.
d. Sentiasa menjaga diri dan rumahtangga.
e. Menjadi pendorong dan penasihat dalam hal kebajikan.
f. Memahami hal-hal yang digemari dan dibenci oleh suami.
g. Segala tingkahlaku dan perbuatan hendaklah menyenangkan hati suami.
h. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suami dan keluarganya dalam setiap waktu terutama selepas sembahyang.
i. Sentiasa menambah ilmu agama dan serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan agama, menonton dan mendengar rancangan berbentuk agama di tv dan radio serta mengikuti majlis-majlis ta'lim.
j. Bersifat keterbukaan dan menilai diri.

SEKS SECARA ISLAM
Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya. Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan:

1. Bertenang Ketika Memulakan Jima Apabila suami mahu menusukkan zakarnya kedalam faraj isteri, bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah. Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa, dan InsyaAllah isteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan. Rasulullah s.a.w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-Khatib dan Ummu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya dan membisikkan kepada isterinya engkau dengan tenang.

2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lisannya (lidahnya). Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullah s.a.w., kernalah ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatan yang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwanya dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atas isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: "Anak itu milik yang menjadi hamparan (wanita)". Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun, posisi inilah selebar mungkin.

4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami dalam keadaan terlentang sementara suaminya juga baring terlentang. Dengan posisi ini suarmi akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk juga oleh perubatan moden.

5. Cara Mendapat Anak Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil, sebelum jima perlulah digeletek dahulu(dirangsang)purananya (kelentit). Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki, dan ini dipersetujui juga oleh perubatan moden.

6. Jimak Yang Puas Mengawet Wajah Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secrets of Healing -Banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih beseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang masih umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan, kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas. Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut. Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima.

8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup.Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.



MITOS.....

Ramai yang tidak menyedari pelbagai mitos seksual yang terus mereka percayai akan menjejaskan hubungan intim.

WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.

Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.

Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.

Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?

mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks

Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.

mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia

Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.

mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid

Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.

mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan

Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.

mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar

Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.

mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali

Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.

mitos 7: Zakar besar bila beronani

Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.

mitos 8: Onani boleh mandul

Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina - hasil akhirnya adalah ejakulasi.

mitos 9: Seks berkait dengan etnik

Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.

mitos 9: Tidak nikmat tanpa orgasme

Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.

PANJANG ATAU PENDEK..

Isu kesihatan lelaki yang tidak putus-putus diperbincangkan oleh mana-mana lelaki seluruh dunia ialah soal panjang dan pendeknya anggota kemaluan mereka. Jika wanita sibuk membicarakan soal buah dada, lelaki pula sibuk bercakap tentang kemaluan mereka.Jika ditinjau pada laman web berkaitan dengan perkara pembesaran zakar, lebih 50 peratus laman web yang membincangkan isu tersebut secara terbuka termasuk rawatannya. Bagaimanapun, laman web tersebut hanyalah laman web komersial yang kebanyakannya memperkenalkan alat untuk membantu membesarkan zakar.


Ini termasuklah pam vakum atau alat penile extender, alat penarik zakar dan pil-pil herba yang kononnya dapat membesarkan tisu dalam zakar ke tahap yang diinginkan lelaki. Ada juga laman web yang menawarkan rawatan pembedahan untuk pembesaran zakar.Tinjauan rambang yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara lain berkenaan pendapat pasangan wanita tentang saiz dan bentuk zakar serta bandingan kepada teknik persetubuhan, mendapati lebih 60 peratus wanita Barat rasa tidak puas hati tentang saiz dan bentuk zakar pasangan lelaki mereka. Lebih 70 peratus daripada mereka menyatakan antara teknik bersetubuh dengan saiz zakar, mereka memilih teknik bersetubuh. Ini kerana mereka lebih selesa dengan sentuhan intim dan tumpuan pasangan kepada mereka daripada sentuhan kasar pasangan yang mementingkan diri sendiri.

Satu kajian yang pernah dilakukan di Universiti Kebangsaan Singapura tentang saiz zakar lelaki keturunan Cina, Melayu dan India mendapati, kesemua lelaki tersebut mempunyai saiz zakar yang berukuran lebih kurang 12 sentimeter dan lilitan 11 sentimeter semasa terangsang. Ia lebih daripada mencukupi untuk melakukan hubungan seksual tanpa keraguan tentang kekurangan anggota kelamin mereka. Dalam kajian yang sama juga didapati saiz zakar dalam keadaan tidak menegang tertakluk kepada beberapa faktor.


Antaranya, kesihatan lelaki, keadaan minda, tahap rangsangan, kekerapan melakukan hubungan seksual dan umur lelaki itu. Sehubungan itu, keadaan zakar waktu terangsang dan pada waktu tidak terangsang berubah-ubah dengan faktor tersebut.

Sebagai contoh, lelaki yang kerap melakukan hubungan seksual, akan mendapati anggota kelaminnya sentiasa tegap dan mantap, jika dibandingkan dengan lelaki yang kurang melakukan hubungan kelamin. Ini adalah perubahan semula jadi.

Secara umum, saiz zakar lelaki Cina dalam keadaan tidak terangsang ialah 8.3 sentimeter dari segi ukuran lilit zakar dan 8 sentimeter panjang. Lelaki India, 8.8 sentimeter dari segi ukur lilit dan 8.4 sentimeter panjang. Manakala, lelaki Melayu 8.6 sentimeter dari segi ukur lilit dan 7.8 sentimeter panjang. Bagaimanapun, lelaki Barat mempunyai kepanjangan 9.71 sentimeter dari segi ukur lilit dan 8.85 sentimeter panjang.

Kajian yang pernah dilakukan di unit urologi di beberapa buah klinik urologi swasta dan kerajaan tentang saiz zakar ketika dalam keadaan tegang (ketegangan dilakukan dengan menyuntik ubat pengembang otot zakar) mendapati, purata saiz zakar yang terpanjang ialah 16 sentimeter dan yang terpendek 8 sentimeter.

Zakar terpanjang yang pernah diperiksa di sebuah klinik sakit tuan ialah 24 sentimeter dan ukur lilitnya 16 sentimeter. Namun, lelaki tersebut bermasalah untuk bersetubuh dengan pasangan wanitanya. Terdapat juga lelaki yang mempunyai zakar yang kurang daripada ukuran tersebut dan bermasalah ketika melakukan persetubuhan. Bagaimanapun, kehamilan masih boleh berlaku akibat pancutan air mani di permukaan pintu faraj sekalipun tanpa tusukan.

Mengikut kajian Universiti Kebangsaan Singapura, perasaan kurang yakin tentang saiz dan bentuk zakar sedikit sebanyak mempengaruhi tahap ketegangan zakar. Justeru, tidak hairanlah jika zakar itu kelihatan tidak mantap atau kecil daripada biasa. Kajian pakar kesihatan seksual berkaitan dengan teknologi pembedahan pembesaran zakar mendapati, lelaki yang tidak puas dengan saiz dan bentuk zakarnya tidak akan rasa puas tentang hasil yang didapatinya selepas menjalani prosedur pembesaran zakar.



Walaupun saiz dan zakarnya telah meningkat 10 hingga 25 peratus, mengikut kemampuan hasil yang diberikan oleh prosedur tersebut. Lelaki tersebut akan berjumpa doktor lain untuk tujuan yang sama dan sudah tentu tidak akan rasa puas juga. Lelaki perlu tahu bahawa fungsi anggota kelaminnya ialah untuk menyalurkan air mani ke dalam faraj pasangannya untuk mendapatkan zuriat.

Zakar yang berukuran 6 sentimeter dalam keadaan tegang dapat disalurkan ke dalam faraj dan berkemampuan menyalurkan air mani ke dalam faraj. Berdasarkan pengalaman mengendalikan kes pasangan kelamin yang mengalami masalah kesuburan, saya mendapati zakar suaminya terencat (lebih kurang 3 sentimeter sebelum menegang dan 5 sentimeter semasa menegang) dan menghasilkan bilangan sperma yang banyak.

Isterinya berjaya hamil selepas masalah ovulasi dapat diatasi. Sehingga kini tidak pernah menyatakan ketidakpuasan hatinya berhubung kelamin suaminya yang kecil. Isu zakar kecil tidak timbul sama sekali untuknya. Isu ketidakpuasan wanita sebenarnya jarang berlaku kerana 1/3 bahagian faraj wanita di bahagian luar sahaja yang mempunyai rasa.

Kebanyakan bahagian sensitif wanita terletak dekat luar dan bukan jauh ke dalam faraj. Maka tidak hairanlah jika wanita tadi tidak rasa ralat kerana saiz zakar suaminya. Mengikut pengalaman beberapa wanita yang mempunyai banyak kekasih lelaki, mereka lebih selesa dengan kekasih lelaki yang mempunyai saiz zakar yang sederhana daripada saiz zakar yang besar.

Mereka juga mendapati kekasih yang suatu ketika dahulu mempunyai zakar yang kurus dan kurang mantap, lama-kelamaan menjadi lebih padat dan mantap, kerana anggota itu kerap digunakan. Jadi kekerapan penggunaan zakar memantapkan saiz dan bentuk zakar.

Malah, lelaki yang kerap mengurut zakar dengan minyak mendapati ketegangan zakarnya mantap dan membesar 1 hingga 2 sentimeter dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika tidak diteruskan. Sama seperti lelaki yang menggunakan alat pam vakum selama setahun lebih, mendapati ketegangan zakarnya akan meningkat antara 2 hingga 4 sentimeter dari segi ukuran panjang atau ukuran lilitan. Bagaimanapun, ia tidak kekal dan akan menurun jika lama tidak menggunakannya.

Kesan sampingan berkaitan dengan penggunaan pam tersebut ialah melecet, kulit menebal, memanjang, boleh lebam jika penggunaan lebih setengah jam dan dalam keadaan penggunaan yang keterlaluan, otot zakar boleh rosak dan menjadi keras. Jadi mustahak untuk mendapat nasihat doktor terlebih dahulu dan pemeriksaan susulan dilakukan oleh doktor supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Zakar yang kecil akibat kekurangan hormon testosteron boleh diatasi dengan pengambilan hormon tersebut. Keadaan ini dikenali sebagai hipogonadisme.

Pengambilan hormon testosteron perlu dalam kawalan doktor kerana ada kesan sampingan. Terdapat beberapa herba yang menghasilkan `testosteron’ secara semula jadi yang dapat membantu memantapkan zakar. Tongkat ali ialah herba yang mempunyai fungsi yang sedemikian. Ia tidak berkesan kepada lelaki yang belum baligh. Ia berkesan kepada lelaki yang mempunyai tahap hormon testosteron yang normal (rendah).

Pembedahan untuk pembesaran zakar melibatkan penambahan otot kepada zakar dan tisu selaput untuk meningkatkan ukuran lilitan zakar. Untuk ukuran panjang, pembedahan seperti memotong ligamen zakar boleh dilakukan dan zakar akan kelihatan terjuntai dan `panjang’. Bagi lelaki yang tidak puas dengan saiz zakar, jangan melakukan perkara yang boleh merosakkan fungsi zakar seperti mendapat nasihat dan rawatan orang yang tidak bertauliah. Berjumpalah pakar dan dapatkan maklumat yang tepat.

SEKS KETIKA BERTENGKAR

Seks ketika bertengkar Hati Masih Panas, Suami Ajak Ke Ranjang

ANDA DAN SUAMI BERTENGKAR HEBAT, MASING-MASING MELUAHKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI. TAPI DEMI MENGELAKKAN PERTENGKARAN YANG SERIUS ANDA KEMUDIAN BERDIAM DIRI. NAMUN PERASAAN MARAH
SEBENARNYA MASIH LAGI BELUM REDA.

Anda masih panas begitu juga dengan suami. Seharian di rumah masing-masing tidak bertegur sapa kerana pertengkaran yang berlaku masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Tapi tatkala malam menjelma, suami yang siang tadi marah menyinga tiba-tiba berubah laku.Tak lama selepas berbaring di katil tanpa diduga suami masukdan kemudian memeluk anda dari belakang.

Tanpa kata-kata suami mencium dan membelai anda Kesudahannya mungkin sudah dapat anda teka. Situasi sebegini mungkin pernah alami, siang bertegang leher malam pula
suami menarik tangan untuk berhubungan intim. Bagi sesetengah wanita, tindakan suami ini mungkin dianggap sesuatu yang kurang menyenangkan. Fikir mereka alangkah beraninya suami cuba bermesraan sedangkan hati masih hangat kerana bertengkar. Jika anda berperasaan sedemikian sememangnya anda tak bersendirian. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan, 72 peratus responden wanita tidak mahu melakukan hubungan seks ketika mereka sedang berkonflik ataupun baru saja selepas bertengkar. Sebenarnya ada sebab suami anda berkelakuan sedemikian.Perlu diketahui bahawa lelaki memang mudah melupakan pertengkaran dengan pasangannya. Kalau anda bertengkar dengannya di petang hari, menjelang Maghrib suami sudah boleh melupakannya. Ada kalanya mereka berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tapi wanita pula bersikap sebaliknya. Wanita cenderung memendamkan perasaan amarahnya dalam tempoh yang lama secara sendirian. Lihat saja selepas bertengkar ada isteri yang akan bermasam muka berhari-hari dengan suami.

BUKAN PENGAKUAN,KALAH ATAU MENANG

Apa pun tindakan suami yang mengajak berhubungan intim selepas bertengkar bukanlah sesuatu yang mengeruhkan keadaan. Sebagai isteri anda pasti nya akan cair dengan sentuhan ataupun belaian suami. Di sinilah letaknya kebaikan seksselepas bertengkar. Setidak-tidaknya pertengkaran anda tidak akan berlangsung lama dan keesokan harinya anda dan suami tidak lagi bermasam muka. Dalam pada itu jangan pula
anda berfi kiran bahawa melakukan hubungan seks selepas saat
bertengkar adalah satu bentuk pengakuan bahawa anda kalah dan suami menang. Ia tidak boleh disifatkan demikian. Sebaliknya tindakan ini sebenarnya menggambarkan penghargaan terhadap cinta anda berdua, walaupun di saat yang tidak kena anda berdua masih boleh bersatu. Pada masa yang sama jangan pula menjadikan seks ini sebagai umpan untuk melangsaikan punca pertengkaran. Punca pertengkaran sama ada
disebabkan wang mahu pun masalah rumah tangga yang lain harus diselesaikan dengan caraper bincangan dan bukan nya dengan seks Dan selalunya setelah punca
pertengkaran ini dapat dileraikan, pasangan suami isteri akan menikmati seks yang cukup membahagiakan.

adult myspace

DI KAMAR ANDA..

Hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta oleh pasangan.

“PENAT dan tidak bertenaga, apalagi setelah seharian bekerja.” Itulah antara kata-kata yang sering menjadi alasan bagi pasangan suami isteri dalam menjalin hubungan intim. Padahal kemesraan perkahwinan perlu dipelihara.

Tatkala melihat si suami terbaring di atas sofa, tidakkah tercalit secebis keghairahan untuk berkasih-kasihan dengannya?

Ternyata, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh laman web mydeco.com, sebanyak dua perlima responden yang terdiri di kalangan wanita memilih untuk membaca buku, satu lima daripadanya lebih gemar menonton televisyen, manakala lapan peratus memilih untuk berdua-duan dengan pasangan sebelum tidur.

Menurut seorang ahli psikologi tingkah laku Britain, Dr. Linda Papadopulus, masalah itu timbul disebabkan pasangan gagal mencipta suasana yang boleh membangkitkan keinginan seksual mereka.

Seharusnya mereka mengenakan pakaian yang seksi sewaktu di kamar tidur dan mengaturkan langkah baru mengenai cara membuat hubungan intim pada malam hari.

“Menerusi kajian yang dijalankan, kami mendapati kebanyakan pasangan lebih mementingkan hal berkaitan soal kerjaya dan anak-anak.

“Faktor ini menyebabkan mereka berasa terlalu tertekan akibat bebanan yang harus dipikul. Kami tidak lagi mendapati seks menjadi perkara penting dalam acara dinihari,” katanya.
Padahal, kata Papadopulus, hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta pasangan.

“Masalahnya, tidak ramai isteri yang berusaha atau memikirkan sesuatu untuk mengubah konsep pada ruang kamar mereka,” katanya.

Tambah beliau, warna-warna yang berhubung dengan aspek keghairahan adalah menjadi pilihan yang tepat. “Sebut saja warna merah yang seksi seperti sehelai kain cadar sutera, tilam dan langsir, pastinya akan mencipta atmosfera seksualiti yang lebih ideal,” jelasnya.

Mengubah ruang tidur kamu semata-mata kerana ingin mengembalikan nafsu cinta berdua sudah menghuraikan satu pesanan yang jelas kepada pasangan bahawa kamu sedang berada dalam suasana keintiman.

Tip daripada Papadopulus:
1. Bangkitkan suasana pencahayaan bercinta di kamar beradu. Kamu tidak perlu membuat perubahan besar terhadap konsep dan susun letak perabot, cukup sekadar meredupkan cahaya lampu.

2. Ketahui perkara yang telah dicapai. Tanya sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Berbual pada waktu petang adalah masa paling sesuai untuk kamu berdua mencipta komunikasi lebih berkesan.

3. Sentiasa mengemas bilik tidur kamu bukan semata-mata untuk hubungan intim dan waktu tidur. Jadi, singkirkan perkara yang boleh menjauhkan kamu daripada melakukan hubungan seks. Contohnya, hal berkaitan pekerjaan, komputer dan rancangan televisyen.

4. Beristirehat sejenak dan tumpukan perhatian kepada diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang kamu nikmati. Contohnya, menyegarkan tubuh atau menyapu lulur di badan. Cara sebegini dapat membangkitkan keghairahan ketika bersama pasangan.

5. Jangan membuatkan si suami berasa tidak selesa dengan dekorasi yang ditampilkan di ruang tidur. Tiada siapa pun yang inginkan dirinya berada di bawah pengawasan foto-foto yang dihiasi di segenap dinding kamar.

6. Hindari daripada menikmati hidangan sehingga membuatkan perut berasa kenyang sebelum tidur. Situasi sebegitu sememangnya tidak akan membuatkan kamu mencipta ketenangan.

7. Menikmati makan malam bersama sambil mendengar lagu santai atau menatap foto-foto lama anda berdua sebelum menuju ruang tidur untuk bermesra.

Sumber: Kosmo!

LELAKI...


BILA DIA SIBUK....
kamu jangan pula terhegeh hegeh meminta dia menjemput anda di tempat kerja atau ajak mereka
pergi membeli belah
BILA DIA EGO...
jangan sesekali kamu persoalkan tentang keegoannya,lelaki amat payah untuk mengakui keegoannya,tapi berpendapat itu sikap ketegasannya
BILA DIA ROMANTIK...
ajaklah dia bersiar siar atau makan di sinari cahaya lilin dan mengenang saat manis pertemuan pertama anda,dan jangan lupa perancangan masa depan
BILA DIA PANAS BARAN..
jangan sesekali tambahkan lagi api kemarahannya,cuba lah berdiam diri dulu hingga kemarahan itu reda
BILA DIA PENAT...
jangan mengadu atau bercerita perkara yang remeh,saat ini dia memerlukan masa untuk berehat
BILA DIA MEMETINGKAN DIRI SENDIRI...
cubalah berterus terang dan luahkan rasa tidak puas hati anda tentang sikapnya itu
kamu perlu bersikap terbuka dan jangan lupa berinteraksi lah dengan baik
BILA DIA MENGONGKONG...
kalau kamu memberontak pasti kamu akan di marahi nya,kalau memdiamkan diri,ini akan memjejaskan kamu.untuk ini kamu perlu berkata,bair lah kamu buat keputusan kamu,asalkan tidak memjejas hubungan
BILA DIA SELAMBA...
tarik perhatiannya lakukan apa yang dia suka,orang yang buat selamba selalunya ingin kita mulakan dulu,oleh yang demikian kamu patut rancang sesuatu yang mampu menarik perhatiannya
BILA DIA CURANG...
jangan membuat tuduhan tanpa siasat dulu,bersemuka tanya kenapa dia bersikap begitu
tapi kalau dia tetap dengan keputusannya,baiklah anda berundur sebelum luka anda bertambah parah
BILA DIA LURUS BENDUL...
kamu boleh ambil kesempatan di atas sikapnya itu,tapi jangan sampai perlekehnya,kamu patut
beri peransang dengan menyatakan dia boleh lakukan tanpa memgharap oranglain

CIRI CIRI IDAMAN LELAKI

#Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong, bila ber interaksi dengan sidia.
#Perlu pandai memasak,sebab ini adalah ciri ciri utama kenapa lelaki terpikat pada anda
#Perwatakkan menarik serta menawan,mampu membuat lelaki tergoda
#Jujur serta merendah diri,pandai memjaga tingkahlaku serta baik hati
#Lakukan apa yang dia suka dan jangan sesekali lakukan apa yang dia tidak suka
#Pandai memainkan peranan bila berada di samping lelaki yang anda minati
#Jangan suka mengongkong
#Kalau berinteraksi dengan mereka,perlu pandai menggunakan bahasa tubuh seperti mata,tangan,lelaki tidak suka perwatakan seperti kebudak budakan
#Jaga cara pemakaian anda(terpulang pada lelaki yang anda minati)
#Bila berdepan dengan lelaki yang anda minati,renung matanya dengan bersifat humor kamu,ini
taktik memberitahu bahawa anda boleh dekati,tetapi bukan bererti anda perempuan murahan
yang di dekati
#Lelaki suka wanita yang beriman dan berugama
#Perlu bijak menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan
#Tidak mudah mengalah atau putus asa dan mengharap orang lain
#Jangan sesekali banding dia dengan lelaki lain yang anda kenali
#Jangan cakap perkara yang tidak berfaedah,bila bercakap dengan dia
#Jadi teman ketika susah dan senang
#Lelaki suka anda jadi pendengar yang setia bukan yang suka membangkang
#Jangan terlalu teruja ketika bertemu berbual contohnya berbual ditelefon pada pengenalan pertama
#Jangan bersikap "kelakian" dan ganas dalam perbualan
#Bersifat keibuan adalah ciri ciri idaman lelaki
#Jangan terlalu menunjuk sikap terlalu baik dan sempurna anda
#Jangan bersikap boros bila berbelanja dengan dia
#Kenali diri mereka dulu sebelum anda memikat
#Aset penting bagi kamu adalah, mata,punggung,gerak bahasa tubuh dalam memikat sidia
#Jangan bersikap terlalu kuno
#Bertanya khabar sekali dua dalam seminggu,agar persahabatan anda tidak terputus,mungkin
sikap anda yangmengambil berat tentangnya,mampu memikat hatinya
#Ketahuilah mereka juga golongan sensitif dan mereka suka pada kelembutan
#Jangan terlalu merengek dan mengada ada,ini salah satu sikap yang lelaki benci
#Lelaki suka wanita yang bijaksana dan matang
#Berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
#Memjaga tertib sewaktu makan bersama
#Paling penting anda menghormatinya keluarga mereka,rakan mereka

RENUNGKAN BERSAMA..

Kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita itu sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing tidak tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun suami, bila dah kecewa mereka menyalahkan satu sama lain.

``Namun saya bersimpati juga dengan nasib yang menimpa mereka, malah ada kawan-kawan wanita yang datang bertanyakan pendapat dan pandangan saya bagaimana mengatasi masalah yang dihadapi atau sedang menimpa diri mereka. Saya juga kesian dengan nasib wanita yang teraniaya dan boleh saya katakan secara singkat di sini, bahawa mereka tidak tahu tugas atau fungsi mereka sebagai isteri, sebab itulah dianiaya.

``Pada pandangan saya secara ikhlas kaum wanita yang menganggap diri mereka sebagai `mangsa' lelaki atau suami boleh saya golongkan mereka ini sebagai ``orang yang suka diri menjadi mangsa - playing the role of victims''. Mana tidaknya, mereka yang sanggup berkorban atas dasar cinta atau bertolak ansur dengan suami demi kebahagiaan keluarga. ``Sedangkan, sikap bodoh dan ego mereka itulah sebenarnya menjadi punca masalah dalam hidup mereka. Puan, saya ni sebenarnya tak ada sebarang ruangan khas untuk digunakan bagi memberi nasihat kepada mereka yang bermasalah seperti ini.

``Selalunya, kawan-kawan yang meminta nasihat ini terdiri daripada kaum wanita yang sudah berumur. Ada yang dah nak masuk 40 tahun pun. Bergaji empat atau lima angka bahkan ada yang lebih enam ribu ringgit sebulan. Mereka sudah ada rumah dan kereta. Sudah mengerjakan haji dan pergi umrah berkali-kali. Jadi mereka tanya bolehkah dia berkahwin dengan lelaki seperti itu (bergaji kecil, berpendidikan rendah dan umurnya lebih muda)?

``Pada pandangan saya kawan-kawan saya ini hidup mereka sudah jauh lebih senang berbanding dengan calon lelaki yang mereka pilih itu. Mereka sudah mempunyai pendapatan tinggi dan kukuh dan mereka sudah masak dalam mengurus hidup sendiri. Malah boleh dikatakan wanita golongan ini hidup mereka sudah lebih daripada bahagia dan amat selesa tanpa suami.

``Tetapi masalah mereka yang cukup besar adalah kaum keluarga, saudara-mara yang kaki penyibuk. Terutamanya ibu bapa sendiri yang kononnya kalau mereka mati nanti tak boleh tutup mata rapat, kalau anaknya yang dah berumur ini `tak diselamatkan' (tidak dikahwinkan).

``Memang pada mulanya kawan-kawan saya tu tak kisah sangat tentang pasangan hidup mereka, sebab kehidupan mereka sudah jauh daripada selesa. Tapi, kalau setiap masa dan ketika kalau mereka balik ke kampung kaum keluarga mulalah mendongengkan kisah anak dara tak kahwin ini, lama-lama mereka pun sudah tak larat nak dengar lagi.

``Akibatnya mereka terpaksa menyerah kalah. Mengikut! Jadi, sebagai kawan yang lebih berumur dan dewasa daripada mereka, bila mereka bertanyakan pendapat saya, tentulah saya jawab, kenapa tidak? Kahwinlah sahaja supaya ibu bapa mereka boleh menutup mata betul-betul rapat bila mati nanti, tapi ingatlah kepada beberapa nasihat saya.

``Saya memberi mereka tujuh petua, kalau nak kahwin juga dengan lelaki yang jauh lebih rendah pendapatan serta pendidikan serta berumur jauh lebih muda daripada diri mereka sendiri. Kata saya, kalau ikut tujuh petua atau panduan ini kalau terjatuh pun taklah parah sangat, sebab anda sudah bersedia. Berikut adalah beberapa panduan ataupun nasihat saya.

``Pertama, saya katakan kepada mereka dia hendaklah membeli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab seorang suami?
``Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli makan dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil mana pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan anak-anaknya.
``Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak ansur, kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya). Kalau anda ambil alih tanggungjawabnya ini, suami akan cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua tanggungjawab seperti membayar bil atau apa sahaja untuk anda pikul.

``Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun, berkelakuan seperti itu anda jangan membebel kemudian hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk dalam DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan entah apa-apa lagi!

``Kedua, anda mesti bersedia menerima segala-galanya ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar kuning setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak, maka anda jangan membantah, anda telan semua yang suami anda beli walaupun tercekik sebab tak berselera. Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap, makan di tempat kerja.

``Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain murahan, hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar suami puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai. Jangan nak tunjuk kemewahan anda.

``Ketiga, jangan sekali-kali menghalang suami anda menanggung ahli keluarganya. Itu adalah menjadi tanggungjawabnya. Biarkan dia berhabis untuk keluarganya, dan anda tidak perlu menghulurkan wang untuk membantunya. Biar dia uruskan sendiri. Kalau dia tak ada duit untuk anak-anaknya biarkan dia mencari jalan keluar sendiri.

``Bagaimanapun sebaik-baiknya anda nasihatkan dia supaya dia dapat memastikan dalam rumah tangga telah disempurnakan terlebih dahulu terutama tanggungjawabnya kepada anak-anak.

``Keempat, kalau anda hendak mencari pembantu rumah, anda uruskan sendiri, anda bayarlah gajinya. Kerana pembantu rumah itulah yang banyak mengambil tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya anda lakukan di rumah. Kerana anda bekerja demi masa depan anda.

``Kelimanya, jangan sekali-kali anda cuba merampas tanggungjawab suami ketika dia mahu meneruskan pelajarannya. Kerana anda harus ingat anda bukannya bank atau PTPTN. dia boleh belajar, tapi ingat, tanggungjawabnya terhadap keluarga mesti didahulukan.

``Jangan pula kerana kesian, cinta dan sayang konon anda biarkan dia sambung belajar, dan anda ambil alih tugas mengurus keluarga. Kalau anda masih hendak menunjukkan simpati anda terhadap suami tercinta, lima atau sepuluh tahun kemudian anda jangan sekali-kali pergi ke rumah emak mengadu anda sudah jadi mangsa, suami tinggalkan anda atau bertemu kekasih baru di kampus dan nak minta izin kepada anda untuk kahwin lagi.

``Kerana pada pandangan saya semuanya adalah salah anda, anda tidak berterus terang dari awal dan jika ditakdirkan anda dimadukan terima saja jangan menangis,
``Keenam, jangan sekali-kali lagi cuba hendak memperbaiki diri suami anda. Contohnya, kerana anda malu pangkat atau gaji suami rendah maka anda berusaha malah menggalakkan dia jadi usahawan. Sebab masalahnya nanti anda juga yang akan kecewa.

``Sebab pertama kerana anda yang terpaksa bergadai bergolok, malah mengeluarkan wang simpanan anda untuk diberikan kepada suami supaya dijadikan modal dia berniaga. Masalah besar yang bakal anda tempuhi nanti jika dia gagal dalam perniagaan kerana tidak cukup pengalaman dan kurang berminat berniaga maka hidup anda akan dibebani hutang bukan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit dan anda akan menyesal sepanjang hayat.

``Tetapi kalau suami anda berjaya dalam perniagaan dan menjadi usahawan berjaya walaupun tak setaraf Tan Sri Tajudin Ramli mahupun Tan Sri Halim Saad, maka dia akan jadi orang yang terkejut beruk, sebab jadi kaya tak semena-mena, maka corak hidupnya akan bertukar, dan anda jangan bersedih, meratap dan menangis apalagi kalau dia tak balik ke rumah, sebab dah ada orang kedua dan dia akan minta izin anda untuk kahwin seorang lagi.

``Nasihat saya yang ketujuh dan terakhir, jangan sekali-kali buat joint akaun. Anda hendaklah sentiasa ingat hari tua anda. Sebab banyak terjadi seorang asyik menyimpan sementara seorang lagi asyik berbelanja, ataupun menabung untuk kekayaan dirinya sendiri. Siapa tau! Bila terjadi satu-satu hal duit dalam bank anda tinggal kosong, anda sendiri gigit jari. Dah banyak terjadi ini bukan benda baru, jadi sayangi diri sendiri supaya tidak kesal kemudian hari.

``Inilah tujuh nasihat saya kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan nasihat saya, dan insya-Allah mereka berjaya dalam hidup hingga beranak pinak, ini bukan soal ego, tetapi sensibility. Setiap insan ada tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Kalau salah seorang daripada kita melanggarnya, samalah macam kita merosakkan alam sekitar. Musibah akan menimpa. Jadi, jangan menyesal di belakang hari dan menganggap diri sebagai mangsa, sebab yang salah adalah diri anda sendiri.'' SUAMI WAJIB SARA ISTERI
Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa bilangan suami yang menjadi suri rumah tangga semakin meningkat. Ini bermakna, suami berhenti bekerja dan menjadi pengurus rumah tangga, manakala isteri meneruskan kerjayanya di luar rumah. Walaupun tiada data rasmi mengenainya, namun dipercayai bahawa semakin banyak pasangan suami isteri yang membuat keputusan seperti ini dalam usaha untuk menjayakan perkahwinan mereka. Punca utama yang menyebabkan pasangan suami isteri membuat keputusan ini ialah kerana kesukaran untuk mendapatkan kemudahan penjagaan anak yang memuaskan hati.
Mengambil pembantu rumah tidak menjadi pilihan kerana mereka merasakan kehadiran pembantu ini mengganggu privasi. Menghantar anak-anak ke pusat asuhan juga dianggap tidak sesuai kerana tahap penjagaan yang kurang memuaskan hati. Maka, keluarga yang dalam keadaan ini memutuskan bahawa adalah wajar si suami berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, manakala isteri terus bekerja dan secara tidak langsung menjadi pencari nafkah keluarga.
Ada yang melihat suami-suami yang memilih menjadi suri rumah tangga sebagai kumpulan yang mengalami perubahan paradigma kerana sebagai lelaki, mereka sanggup membuat kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh wanita.
Oleh kerana itu, keputusan mereka dipandang mulia dan terpuji. Namun, wajarkah aturan seperti ini berlaku dalam keluarga Islam?
Wajarkah seorang suami yang beragama Islam menjadi pengurus rumah tangga, manakala isterinya menjadi pencari dan pemberi nafkah untuk keluarga tersebut?
Pastinya, tidak wajar. Aturan ini tidak wajar bukan kerana Islam menghalang suami dari melakukan kerja-kerja rumah.
Malah, suami amat digalakkan untuk membantu isteri di rumah sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah membantu isteri-isteri Baginda.
Aturan ini tidak wajar kerana ia melanggar ketetapan Allah bahawasanya dalam keluarga Islam, tanggungjawab nafkah terletak di bahu suami (An-Nisa’:34).
Ini bererti, dalam keluarga Islam, golongan suami yang wajib bekerja untuk mencari nafkah dan bukannya isteri.
Walaupun Islam tidak melarang wanita untuk keluar bekerja, tetapi wanita bekerja bukan untuk menanggung nafkah keluarganya.
Melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti suaminya berpenyakit dan tidak boleh bekerja atau wanita itu merupakan seorang ibu tunggal, si isteri terpaksa menjadi pencari nafkah untuk keluarganya.
Jika dia redha dengan aturan tersebut, maka itu adalah lebih baik baginya. Sebaliknya, jika dia tidak reda, tiada kesalahan baginya kerana waris suami perlu memainkan peranan mereka seperti yang termaktub dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 233. Sekiranya suami tiada halangan untuk bekerja, mereka perlu menanggung nafkah keluarganya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang membawa maksud: “Jika seseorang itu mencari kayu api dan menjualkannya, itu adalah lebih baik dari dia meminta-minta”. Demikianlah kerasnya tuntutan Islam agar kita berusaha mencari rezeki.Justeru, walaupun gaji isteri 10 kali ganda berbanding suami, suami masih perlu memberi nafkah kepada isterinya.Jumlah nafkah sebenarnya bergantung kepada kemampuan suami.
Jadi, tiada isu bahawa apa yang diberi oleh suami tiada nilai di sisi isteri. Yang penting, nafkah itu dapat menampung keperluan keluarga tersebut.
Di zaman serba canggih dengan teknologi maklumat (IT) ini, memang wujud banyak kesempatan untuk bekerja dari rumah. Malah, ramai yang kini mencari rezeki dari bilik tidur mereka sendiri dengan menggunakan Internet. Sekiranya suami-suami tadi tidak bekerja di luar rumah tetapi masih mempunyai pendapatan dengan bekerja dari rumah dan menggunakan pendapatan tersebut untuk keluarga, maka aturan ini boleh diterima oleh Islam.
Namun, jika suami tadi hanya menjadi pengurus rumah tangga tetapi tidak membawa nafkah, maka itu adalah sesuatu yang amat tidak wajar.
Malah, isteri boleh menuntut fasakh sekiranya suami gagal menunaikan tanggungjawab nafkahnya untuk tempoh yang tertentu.
Sebagai orang Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana dianugerahkan al-Quran dan Sunah sebagai panduan untuk mengatur kehidupan kita.
Jadi, apa perlunya menoleh ke Barat?
Jika fenomena suami menjadi suri rumah tangga ini semakin ketara di Barat, mestikah ia juga berlaku dalam masyarakat kita?
Akan mundurkah masyarakat kita jika fenomena yang sama tidak berlaku di sini?
Bagi masyarakat yang tiada panduan, apa sahaja boleh berlaku. Tetapi tidak bagi masyarakat Islam. Jika masyarakat Hadhari menjadi matlamat kita, ini adalah antara perkara-perkara yang perlu dihentikan segera.

OLEH | Dr Ismail Thamby [ sakittuan@hmetro.com.my ]

BANYAK soalan diterima daripada lelaki yang ingin tahu ‘rahsia’ sama ada wanita yang bakal dikahwininya masih dara atau tidak. Ada yang berazam meninggalkan kekasih mereka jika tiada dara, dengan ada yang menggelar mereka ‘wanita kotor’.

Saya berasa perlu mengingatkan golongan ini yang perkahwinan adalah tuntutan dan sebahagian daripada agama. Ia bukan sekadar soal dara atau tidak.

Perkahwinan jauh melangkaui perkara itu. Ia proses menambah zuriat di muka bumi dan ini memerlukan satu ikatan sejati, penuh tanggungjawab dan bukan sekadar mencuba dan mencari jalan keluar apabila keadaan menjadi keruh.

Saya mengambil contoh satu soalan di mana seorang jejaka mendakwa kononnya dia berdepan dilema berat apabila wanita yang bakal dikahwininya mengaku tiada dara.

Mengikut jejaka itu, bakal isterinya mendakwa dirogol bekas teman lelakinya kira-kira empat tahun lalu, sekali gus menghadirkan kesan psikologi teruk.

“Sekarang hubungan kami renggang. Bagaimana saya hendak menerimanya lagi apabila dia kehilangan dara kepada lelaki yang bukan suaminya. Saya juga risau kejadian itu mengubah keadaan alat sulitnya, dan bimbang apabila mengadakan hubungan seks, saya tidak mendapat apa yang diharapkan,” kata jejaka itu.

Nasihat saya kepada lelaki dan juga wanita ialah, jika boleh, kisah lampau dibiarkan berlalu kerana bimbang menjadi igauan kepada pasangan dan hubungan anda berakhir dengan episod sedih.

Namun, bagi kes di atas, kebenaran sudah diceritakan. Bagi lelaki, anda harus melihat keikhlasan pasangan anda manakala perkara lampau tidak perlu diperbesarkan kerana saya pasti ia berlaku bukan di atas kerelaan.

Yang pasti, bukan hanya sekali ternoda, alat kelamin wanita bakal menjadi sama seperti mereka yang melahirkan anak. Malah, jika wanita itu tidak ikhlas, banyak cara untuk dia menyembunyikan perkara yang berlaku.

Perlu diingatkan juga, pada zaman serba canggih dan moden sekarang, dengan wanita turut ada di alam pekerjaan yang lasak, selaput dara mungkin pecah atas banyak sebab dan bukan hanya kerana aktiviti seksual.

Aktiviti bersukan seperti berbasikal adalah contoh. Onani juga boleh menyebabkan selaput berkenaan terkoyak, walaupun tanpa melakukan seks penetratif.

Sehubungan itu, nasihat saya ialah jangan terlalu memikirkan mengenai dara bakal isteri. Yang penting ialah mendapat isteri beriman dan mampu membahagiakan anda dalam hidup penuh kejujuran.

ADA YANG MENGHALANG

BAYANGKAN pasangan berkahwin gagal mengadakan hubungan seks kerana suami gagal menembusi faraj, walaupun isteri bersedia. Namun, si isteri dapat berasa sesuatu, seolah-olah isi di dalam ruang faraj yang menghalang kemasukan zakar!

Keadaan itu mengakibatkan suami menjadi hampa dan kedua-dua pasangan menghabiskan sentuhan intim di luar faraj. Persoalannya, berapa lama pasangan itu mampu bersabar untuk tidak melakukan hubungan seks penetratif.

Masalah lebih besar berlaku apabila isteri gagal hamil dan bagi yang prihatin, mereka berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Ketika itu, baru masalah sebenar dikenal pasti.

Penghalang yang dimaksudkan itu boleh membabitkan cista daripada mukosa faraj atau pangkal rahim yang panjang.

Apabila cista dibedah buang atau pangkal rahim yang panjang dipendekkan, masalah penghalang selesai dan kehamilan boleh berlaku.

Bagaimanapun, jika pasangan itu tidak berjumpa doktor, pasti masalah berkenaan tidak diketahui dan hubungan mereka terus menjadi hambar dan tanpa zuriat.

Laporan Kes:

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Sepasang suami isteri berjumpa saya mengenai masalah kesuburan dan selepas pemeriksaan rutin ‘Pap Smear’ dilakukan, saya dipanggil untuk membuat pemeriksaan. Yang jelas kelihatan, pangkal rahimnya panjang sehingga kelihatan di muka pintu faraj.

Wanita itu tiada selaput dara lagi, tetapi dia mengalami masalah melakukan persetubuhan dan suaminya kerap memberitahu ada sesuatu menghalang kemasukan zakar.

Pembedahan untuk mengecilkan pangkal rahim dilakukan, sekali gus memulihkan keadaan apabila pasangan itu dapat melakukan persetubuhan tanpa apa-apa halangan dan akhirnya wanita itu hamil beberapa bulan selepas pembedahan.

Wanita dinasihat menjalankan pemeriksaan kendiri anggota sulit atau ‘Vulval Self Examination’ supaya tahu mengenai anggota sulit mereka dan tidak rasa kekok untuk memanipulasinya ketika bersama suami.

Dengan kepekaan itu, mereka tahu jika wujud sesuatu yang luar biasa untuk dirujuk kepada doktor. Jangan berdiam diri dan menderita dalam diam apabila mengalami masalah kepada anggota sulit seperti berasa pedih atau kesakitan ketika ‘bersama’ kerana kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena.

Sebagai persediaan awal, lakukan pemeriksaan kendiri dengan menggunakan cermin tangan dan meneliti anggota sulit dalam keadaan cahaya terang supaya dapat memahami masalah dan mudah memberitahu doktor apabila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Perlu diingatkan, anggota sulit wanita mempunyai bibir besar, bibir kecil dan ‘vestibule’ atau bahagian antara bibir kecil, yang mana ada pembukaan lubang kencing di atas dan pembukaan lubang faraj di bawah.

Pembukaan lubang faraj kelihatan seperti isi berkumpul apabila wanita itu mencengkam otot lantai pelvik (otot kemut) dan wujud kerenggangan apabila kemutan dilegakan.

Bagi wanita yang mempunyai selaput dara, akan kelihatan cebisan isi mengelilingi pembukaan faraj. Kadangkala cebisan isi itu tiada dan ini boleh terjadi apabila selaput dara itu tipis atau tiada secara semula jadi.

Jarang ada selaput dara yang menutupi pembukaan faraj. Jika ini berlaku, wanita itu tidak mengalami kedatangan haid dan mungkin berasa tidak selesa di bahagian bawah perut.

Apabila diperiksa dari luar, bahagian di paras ari-ari kelihatan ketulan berbentuk seperti rahim. Namun, jika doktor memeriksa anggota sulit, kelihatan pembukaan faraj tertutup dan selaput yang menutupi pembukaan faraj mengembung.

Jika bahagian ini ditebuk, akan keluar darah haid yang bertakung selama ini. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Hymenocolpos’ dan cara merawatnya ialah dengan menembuk selaput dara yang menutupi pembukaan faraj.

Bagaimanapun, perlu diingatkan selepas proses ini, seseorang wanita itu masih dara kerana belum melakukan bersetubuhan.

Oleh: Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby

KEHANGATAN PERTAMA..

Kehangatan Pertama

Malam itu bulan mengambang penuh, Sejuk dan sunyi, Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan. Namun jantungku berdebar kencang
Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau. Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja
Dialah yang pertama bagiku. Malam sudah hampir subuh. Aku masih terpaku lagi. Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku. Orang lain semua masih tidur. Kata orang inilah masa yang paling sesuai. Sebelum subuh. Sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!! Aku lelaki. Aku mesti boleh melakukannya. Mesti mesti mesti. Ku beranikan diri.Ku pandang saja.Dia diam saja. Ku renung matanya
Dia masih diam. Aku tahu dia menunggu aku. Akulah yang mesti melakukan.Mesti mesti mesti.

Denyutan jantungku bertambah kencang, Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi

Ku pandang punggungnya yang bulat
besar, terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan2
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu..
hahahahaha.......
###################################################

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILAH KAMSAH

JANUARI

- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius

- Suka mendidik dan dididik

- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik

- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil

- Suka smart, kemas dan teratur

- Bersikap tenang dan sensitif

- Berfikiran yang mendalam

- Pandai mengambil hati orang lain

- Pendiam kecuali selepas diransang

- Agak pemalu

- Daya tumpuan yang sangat tinggi

- Mudah mendisiplin diri sendiri

- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema

- Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya

- Cukup sayang pada kanak-kanak

- Suka duduk dirumah

- Setia pada segala-galanya

- Perlu belajar kemahiran sosial

- Sikap cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

- Berfikiran warak

- Sukakan benda yang realiti dan abstrak

- Intelligent ,bijak dan genius

- Berpesonaliti yang mudah berubah

- Mudah menawan orang lain

- Agak pendiam,pemalu dan rendah diri

- Jujur dan setia pada segalanya

- Keras hati untuk mencapai matlamat

- Tidak suka dikongkong

- Mudah memberontak apbila dikongkong

- Suka kegiatan lasak (Kerja luar)

- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif

- Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)

- Tidak suka benda yang remeh-temeh(banyak guna otak kanan)

- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya

- Sangat berani dan mudah memberontak

- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya

- Pemerhatian yang tajam

- Suka hiburan dan sukan

- Suka benda yang bersifat seni (hindustan)

- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

- Kecenderungan pada benda yang tahyul

- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

- Belajar untuk mempamerkan emosinya

MAC

- Berpesonaliti yang menarik dan menawan

- Mudah didampingi

- Sangat pemalu dan pemendam rasa

- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)

- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran

- Suka pada kedamaian

- Sangat peka kepada orang lain

- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain

- Tidak cepat marah dan sangat amanah

- Tahu balas dan kenang budi

- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam

- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal

- Suka berangan-angan

- Suka melancong

- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

- Kelam-kabut dalam memilih pasangan

- Suka dengan hiasan rumah tangga

- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.

- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)

- Tidak terlalu moody

APRIL

- Sangat aktif dan dinamik

- Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal

- Sangat menarik dan pandai memanjakan diri

- Punya daya mental yang sangat kuat

- Suka diberi perhatian (diberi pujian)

- Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.

- Suka adventure

- Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah

- Emosi cepat terusik

- Kecenderungan bersifat dendam

- Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)

- Kelam-kabut dalam membuat keputusan

- Kuat daya ingatan

- Instint power, gerak hati yang sangat kuat

- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

- Berpenyakit disekitar kepada dan dada

- Mudah dan terlalu cemburu

MEI

- Keras hati dan degil

- Semangat dan bermotivasi tinggi

- Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

- Berfikiran tajam

- Mudah marah apabila tidak dikawal

- Perasaan yang amat mendalam

- Cantik dari segi fizikal dan mental

- Tidak perlu dimotivasikan

- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

- Mudah dipujuk

- Bersikap sistematik (otak kiri)

- Suka berangan

- Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)

- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit

- Daya khayalan yang tinggi

- Berfikiran tajam

- Pandai berdebat

- Bentuk fizikal yang baik dan menarik

- Kelemahan sistem pernafasan

- Suka sastera, seni dan muzik serta melancong

- Tidak berapa suka duduk dirumah

- Tak mempunyai ramai anak

- Tak boleh duduk diam

- Rajin dan bersemangat tinggi

- Agak boros

JUN

- Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)

- Mudah tertawan kerana sikap baik

- Berperangai yang lemah lembut

- Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood

- Idea yang terlalu banyak didalam kepala

- Bersikap sensitif

- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)

- Sukar melakukan sesuatu dengan segera

- Bersikap suka menagguh-nangguh

- Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik

- Cepat marah tapi cepat sejuk

- Suka bercakap dan berdebat

- Suka buat lawak dan bergurau

- Otaknya cerdas dan berangan-angan

- Mudah dan pandai berkawan

- Orangnya sangat tertib

- Pandai mempamerkan sikap

- Mudah kecil hati

- Mudah kena selsema

- Suka berkemas

- Cepat rasa bosan

- Bersikap terlalu memilih dan cerewet

- Kurang mempamerkan perasaan

- Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka

- Suka barangan berjenama

- Kedegilan yang tidak terkawal

JULAI

- sangat seronok didampingi

- banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)

- agak pendiam kecuali dirangsang

- ada harga dan maruah diri

- tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan

- mudah dipujuk dan bercakap lurus

- sangat menjaga hati orang lain

- sangat peramah

- emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya

- berjiwa sentimental

- jarang berdendam

- mudah memaafkan tetapi sukar melupakan

- tidak suka benda yang remeh temeh

- sangat peka, caring, mengasihi sayang

- membimbing cara fizikal dan mental

- layanan yang serupa dengan semua orang

- tinggi daya simpati

- pemerhatian yang sangat tajam

- suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya

- mudah dan rajin belajar

- suka muhasabah diri

- suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama

- sensitif tapi lambat untuk pulih

- suka mendiamkan diri

- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

- tak agresif, kecuali terpaksa

- lemah dari segi kesihatan perut

- mudah terkena kanser payudara

- mudah gemuk kalau tak kawal diet

- suka duduk di rumah

- terlalu mengambil berat

- rajin dalam membuat kerja

OGOS

- suka berlawak

- orang yang mudah tertawan kepadanya

- sopan santun dan caring terhadap orang lain

- berani dan tidak tahu takut

- orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan

- pandai pujuk orang lain

- terlalu pemurah, tetapi bersikap ego

- nilai harga diri yang sangat tinggi

- dahagakan pujian-pujian

- cepat marah dan mudah mengamuk

- mudah marah apabila cakapnya dilawan

- mudah kasihan pada orang lain

- cepat cemburu

- daya pemerhatiannya tajam dan teliti

- fikiran yang mudah berdikari

- suka memimpin dan dipimpin

- sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat

- cepat sembuh bila ditimpa penyakit

- belajar untuk relaks

- ada sikap kelam kabut juga

- romantik, pengasih dan penyayang

- suka mencari kawan

- cepat berfikir dan teliti

SEPTEMBER

- sangat bersopan santun

- mudah bertolak ansur

- sangat cermat teliti dan teratur

- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

- pendiam tapi pandai bercakap

- sikapnya sangat cool

- sangat baik dan mudah simpati

- sangat prihatin dan berperinci

- amanah, setia dan jujur

- kerja yang dilakukan sangat sempurna

- sangat sensitif yang tidak diketahui

- orangnya banyak berfikir tapi pendiam

- daya pentaakulan yang baik

- otak bijak dan mudah belajar

- suka mencari maklumat

- kawal diri dari terlalu mengkritik

- pandai mendorong diri sendiri

- mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)

- simpan rahsia

- suka sukan, hiburan dan melancung

- kurang menunjukkan perasaannya

- terluka hatinya sangat lama disimpan

- terlalu memilih pasangan

- sukakan benda yang luas

- kerja bersistematik

OKTOBER

- cukup seimbang

- suka kepada orang yang sayang padanya

- suka ambil jalan tengah

- sangat menawan dan sopan santun

- kecantikan luar dan dalam

- tidak pandai berbohong dan berpura-pura

- mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan

- sentiasa suka berkawan

- hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama

- ada kala cepat marah

- macam mementingkan diri sendiri

- tidak menolong orang kecuali diminta

- suka melihat dari perspektifnya sendiri

- tak suka terima pandangan orang lain

- emosi yang mudah terusik

- suka berangan-angan dan pandai bercakap

- emosi yang kelam kabut

- daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

- suka melancong, bidang sastera dan seni

- pengasih, penyayang dan lemah lembut

- romantik dalam percintaan

- mudah terusik hati dan cemburu

- ambil berat tentang orang lain

- suka kegiatan luar

- sukakan keadilan

- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

- ada kalanya mudah patah semangat

NOVEMBER

- banyak idea dalam kepala

- sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya

- berfikiran terkehadapan

- berfikiran unik dan bijak

- penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa

- pemikiran yang tajam

- daya firasat yang sangat halus dan tinggi

- bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai

- cermat dan teliti

- dorongan seks yang agak tinggi

- personaliti yang dinamik

- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

- berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran

- terlalu degil dan keras hati

- apabila hendak diusahakannya sampai berjaya

- tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat

- mudah ambil berat tentang orang lain

- pandai muhasabah diri

- cara berfikir lain daripada orang lain

- otaknya sangat tajam

- pandai mendorong diri sendiri

- tidak hargai puji-pujian

- kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi

- apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya

- badan yang tough

- kasih sayang dan disayangi sangat mendalam

- romantik

- yakin dengan hubungan kasih sayang

- suka duduk di rumah

- sangat rajin berkemampuan yang tinggi

- amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia

- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

- bercita-cita tinggi

DISEMBER

- sangat setia dan pemurah

- bersifat patriotik

- sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

- sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa

- bercita-cita tinggi

- suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

- sangat menarik dan seronok didampingi

- suka bercampur dengan orang lain

- suka dipuji

- diberi perhatian dan dibelai

- sangat jujur, amanah dan bertolak ansur

- tidak pandai berpura-pura

- ada kalanya cepat marah

- perangai yang berubah-ubah

- tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

- benci kepada kongkongan

- pandai buat lawak dan memikir dengan logik

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir.

  1. Pemimpin
  2. Lembut
  3. Kemas (Cerewet)
  4. Rajin
  5. Boleh berbincang
  6. Angin
  7. Patuh
  8. Bisnes
  9. Glamour

Contoh:20 05 1981

2+0=2

Maka kotak pertama adalah 2.. Kemudian campurkan kesemua nombor..

2+0+0+5+1+9+8+1=26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2+6=8

Maka kotak kedua adalah 8.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2+8=10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1+0=1

Maka kotak ketiga ialah 1.. hasilnya..

2:LEMBUT

8:BISNES

1:PEMIMPIN

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..