Spiga
View technorati.com

CINCIN PENAMBAT


Keseluruhan anggota sulit lelaki sensitif apabila terangsang. Jika dilakukan tanpa kawalan, geselan kepada anggota sulit, sama ada dengan tangan, mulut atau melalui persetubuhan, akan mengakibatkan lelaki itu mencapai kemuncak serta merta sebelum pasangannya sempat menikmati keseronokan atau kemuncak.

Jika ini berlaku ketika bersetubuh, tentu pasangannya naik berang. Ada kalanya ketika lelaki itu berusaha melegakan perasaan terangsangnya, tiba-tiba ereksinya mengendur.

Ini berlaku apabila darah yang berkumpul dalam otot zakar terkeluar secara automatik, lebih-lebih lagi jika dia kemut otot lubang najisnya dengan sengaja untuk tujuan memantapkan ereksi, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Mengemut otot pembukaan lubang najis itu akan memberi isyarat kepada saluran darah seolah-olah proses ejakulasi sudah berlaku dan darah sudah boleh keluar dari otot zakar. Fenomena ini dikenali sebagai ‘pelvic steal reflex’ dan biasa berlaku kepada lelaki berumur.

Untuk memantapkan lagi fungsi anggota sulit, amalkan senaman kemut atau senaman kegel, iaitu mencengkam lubang najis dan lubang kencing dan tahan nafas dua hingga lima saat dan ulangi 50 kali sehari.

Anda boleh melakukan kemutan itu lima kali sehari dan pada setiap kali lakukan 10 cengkaman.
Selain itu, anda boleh amalkan belaian zakar iaitu menyapu krim ‘virile’ untuk lelaki setiap kali selesai mandi.

Krim penjagaan anggota sulit lelaki itu dirumuskan dengan herba dan ekstrak biologi untuk kesegaran kulit dan struktur dalaman.

Anda perlu amalkan gaya hidup sihat, elak minuman keras, jangan merokok, makan makanan seimbang, elakkan stres dan kawal berat badan.

Anda juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengenal pasti jika ada penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan beberapa lagi penyakit ‘ketuaan’.

Tidak salah jika anda mahu mencuba herba untuk kawalan kesihatan dan pemantapan tenaga seperti ‘NU-Prep 50 atau NU-Prep75 NHanceX’ yang ada jual di farmasi dan memakannya mengikut peraturan.

Anda juga boleh cuba cincin tambat zakar Kanda untuk kekalkan ereksi atau menahan darah supaya tidak tercicir keluar ketika anda bersetubuh.

Jika semua ini sudah dicuba tapi tiada perubahan langsung, elok anda jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Jika perlu, doktor anda akan mencadangkan ubat sesuai.

Dari artikel
Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan

0 comments: