Spiga
View technorati.com

DIANTARA KESILAPAN LELAKI

1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DAHULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.

2.PENIUP TELINGA YANG MELAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.

3. TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak.

4. MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-
dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.

5. MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.

6. JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.

7. JANGAN TERUS MEMBEDAL
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja.

8.JANGAN GOPOH DAN GELOJOH
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.

9.BUKANNYA TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.

10.JANGAN JADI SHARP SHOOTER
isteri bukan untuk diserang secara ‘direct’, yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari disepanjang tepinya saja.

11.KALAU BOLEH "NON STOP"
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta’ (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak. Teruskan rangsangan anda.

12.JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka
hadiah yang bernilai.
TIPS HARGAI PASANGAN ANDA
Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca untuk pengetahuan..

1. ANGGAP PASANGAN SEPERTI DIRI ANDA SENDIRI
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2.ISTERI BUKAN PEMBANTU RUMAH
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3.ISTERI ADALAH MANUSIA
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. INGAT TARIKH PENTING
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’

5.BANTU RINGANKAN TUGAS ISTERI
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6.BAWA ISTERI BEREHAT
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7.CIUMAN KHAS UNTUK ISTERI
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8.BERI PUJIAN PADA ISTERI
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9.DENGAR PENDAPAT ISTERI
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10.PENUHI HAJAT ISTERI
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

0 comments: